Category

MY

Guide Sensmart Lancar Kamera Terma Prestasi Tinggi Berkuasa AI untuk Selaraskan Pemeriksaan Industri

By | MY, PR

WUHAN, China, 19 April 2021 /PRNewswire/ — Pada 15 April, penyedia produk dan penyelesaian pengimejan terma inframerah Cina yang terkemuka Guide Sensmart mempersembahkan penampilang sulung dunia kamera pengimejan terma inframerah berprestasti tinggi PS Series baharunya yang ditingkatkan dengan kombinasi antara konfigurasi canggih, prestasi tertinggi dan pengimejan berkualiti.


PS Series Guide baharu dengan prestasi yang mengagumkan ini membuka kemungkinan baharu untuk meningkatkan pengalaman yang disokong oleh teknologi inovatif.

Kamera PS Series Guide Sensmart didatangkan lengkap dengan motor fokus generasi seterusnya dan kawalan motor injak berkejituan tinggi. Dengan algoritma imej fokus auto baharu, kamera berkenaan menyempurnakan proses fokus auto pintar dalam 0.4 saat sekali gus menjamin fokus yang tepat.

Selain daripada menangkap gambar inframerah resolusi tinggi, PS Series didatangkan lengkap dengan modul kamera digital 13MP unggulan Guide Sensmart bagi menyokong rakaman video dengan menangkap imej terma dan visual secara serentak.

Menerusi pengimejan terma, kebimbangan yang biasa timbul dalam kalangan ahli profesional termografi ialah penamaan imej. PS Series baharu, yang menyokong pengecaman suara didayakan AI, input papan kekunci maya dan pengecaman teks OCR yang mudah digunakan membolehkan golongan profesional membuat pengukuran suhu yang cepat dan mudah dengan menyediakan mereka penyelesaian mesra pengguna bagi penamaan imej.

Satu lagi ciri penting kamera terma PS-Series ialah reka bentuk ergonomiknya. Struktur kanta dan skrin berputar yang memenangi IF Design Award membantu pengguna mendiagnosis komponen yang merosot dalam kawasan yang sukar dicapai.

Di samping itu, kamera terma PS Series baharu menyediakan penyelesaian kolaborasi jarak jauh cekap yang didayakan dengan perkhidmatan awan. Ia juga menyokong kanta lanjutan pilihan tanpa penentukuran. Pengguna dapat melengkapkan lensa telephoto dan makro dengan cepat tanpa perlu menghantar semula kamera terma tersebut ke kilang. Dengan beberapa ciri dan konfigurasi canggih termasuk tetapan keterpancaran fleksibel mengikut kawasan dan penilik julat laser, PS Series dapat memenuhi keperluan ratusan senario yang rumit termasuk pengesanan bangunan, pengesanan kuasa dan penyelidikan saintifik.

PS-Series Guide Sensmart lengkap sepenuhnya bagi memenuhi keperluan golongan profesional termografi inframerah.

Latar Belakang Guide Sensmart

Guide Sensmart ialah subsidiari Guide Infrared (SZ.002414), pengeluar sistem pengimejan terma inframerah yang terkemuka di dunia. Hasil daripada pengalaman syarikat kumpulan kami selama 20 tahun dalam industri inframerah dan kapasiti pengeluaran besar-besaran, Guide Sensmart dapat mereka bentuk dan menyediakan produk pengimejan terma yang berkualiti tinggi dan berpatutan di seluruh dunia pada kuantiti skala dengan misi untuk menjadikan pengimejan terma bermanfaat buat orang awam. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.guideir.com (ikuti @GuideSensmart di facebook/Linkedin/Twitter/Youtube).

Are you a Corporate Representative of Guide Sensmart, an investor, or a member of the Business Press?



Pemecah Rekod Kapasiti Kren: Kren Rangkak XCMG XGC88000 Sempurnakan Pemasangan Reaktor Penghidrogenan 2600-tan di China 10 Hari Lebih Awal daripada Jadual

By | MY, PR

LIANYUNGANG, China, 16 April 2021 /PRNewswire/ — XGC88000, kren rangkak terbesar di dunia yang dibangunkan oleh XCMG (SHE:000425) dengan kapasiti memecah rekod 4,000 tan, sekali lagi mencatatkan rekod mengangkat baharu pada 10 April di tapak pembinaan projek penapisan Shenghong di Lianyungang, Wilayah Jiangsu kerana ia berjaya menyelesaikan pemasangan 2,600 tan peralatan menara.

Kren Rangkak XCMG XGC88000 Sempurnakan Pemasangan Reaktor Penghidrogenan 2600-tan di China 10 Hari Lebih Awal daripada Jadual.
Kren Rangkak XCMG XGC88000 Sempurnakan Pemasangan Reaktor Penghidrogenan 2600-tan di China 10 Hari Lebih Awal daripada Jadual.

Kren rangkak No.1 di dunia dengan Tanda CE yang diluluskan, mempunyai tiga teknologi perintisan di peringkat antarabangsa, enam teknologi yang terkemuka di dunia dan lebih daripada 80 paten kebangsaan. XGC88000 merupakan satu pencapaian besar dalam industri dan model pertama yang merealisasikan reka bentuk modular untuk pembinaan tangkas, seraya membantu China mengatasi monopoli jangka panjang jenama-jenama asing dalam sektor kren muatan tan super.

Sejak XGC88000 muncul dalam pasaran pada tahun 2013, ia telah memainkan peranan utama dalam projek-projek pembinaan utama di seluruh dunia bagi membawa pencapaian yang hebat. Ia mencatatkan rekod mengangkat terbesar iaitu 2,155 tan pada tahun 2013 selepas mengangkat dan memasang reaktor proses Fischer–Tropsch dan berat mengangkat 2,600-tan terkini bukan sahaja memecah rekod modelnya sendiri sejak dilancarkan dalam pasaran, tetapi turut mencatatkan rekod gunaan kejuruteraan baharu untuk kren rangkak bergerak yang terbesar di dunia.

Kren rangkak XGC88000 telah mengambil bahagian dalam 26 projek pembinaan utama di China dan luar negara termasuk projek Hengli di Dalian, kilang penapis Shenghong di Lianyungang, Bandar Perindustrian Jubail di Arab Saudi dan Kilang Penapis Minyak Duqm di Oman. Model tersebut telah mengangkat dan memasang lebih daripada 100 unit peralatan dengan berat lebih 1,000 tanan dengan jumlah berat mengangkat mencapai 200,000 tan manakala masa operasi selamat keseluruhan mencecah hampir 10,000 jam.

"XGC88000 benar-benar menjadi kren rangkak 4,000-tanan pertama dalam industri yang telah beroperasi dengan aplikasi paling luas, teknologi paling matang dan jualan paling tinggi. Ia merupakan produk kemuncak yang dibangunkan dengan inovasi bebas dan dianggap sebagai kelebihan yang dibanggakan untuk industri-industri pembuatan peralatan China," kata Wang Min, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG.

Pada 17 April, XGC88000 akan berganding bahu dengan kren gantri 5,000-tan untuk mengangkat menara pengeluar kapal tekanan terbesar Asia dengan berat pengangkutan maksimum di Wilayah Guangdong.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

 

 

 

Related Links :

http://www.xcmg.com

Are you a Corporate Representative of XCMG, an investor, or a member of the Business Press?



Tree Technologies Memeterai Perjanjian Untuk Membekalkan 200,000 Buah E-Motosikal Ke Indonesia

By | MY, PR

– Perjanjian berbilang tahun yang menyaksikan sekurang-kurangnya 10,000 unit dibekalkan pada tahun 2021

– Hingga 90,000 unit pada tahun 2022

– Hingga 100,000 unit pada tahun 2023

– Jumlah nilai perjanjian ialah AS$274 juta

SELANGOR, Malaysia, 15 April 2021 /PRNewswire/ — Tree Technologies Sdn. Bhd. (Treeletrik), sebuah syarikat pembuatan kenderaan elektrik (EV) yang berasal dari Malaysia dengan kehadiran di pasaran ASEAN dan anak syarikat Ideanomics (NASDAQ: IDEX), telah menandatangani suatu kerjasama untuk membekalkan 200,000 unit motosikal 100% elektrik keluarannya ke Indonesia melalui pengedar, PT Pasifik Sakti Enjiniring dan Nahdatul Ulama Board (PBNU). Kerjasama ini memperluas kehadiran serantau Treeletrik sebagai pemain utama dalam mempromosikan mobiliti elektrik yang menyokong agenda peralihan tenaga ASEAN.

Tree Technologies CEO Datuk Viswananthan Menon
Tree Technologies CEO Datuk Viswananthan Menon

Perkongsian tersebut meletakkan Malaysia sebagai pengeluar EV utama dan pembekal serantau pertama yang mengeksport produknya ke ASEAN, sejajar dengan landskap tenaga yang berkembang di rantau ini. Matlamat utama rantau ini untuk mengurangkan tahap penggunaan tenaga akhir dalam sektor pengangkutan jalan raya menjelang tahun 2040 membuka laluan kepada pengeluar EV seperti Treeletrik untuk terus membina ekosistem EV yang progresif.

Mengulas tentang Perjanjian Kerjasama yang ditandatangani dengan PT Pasifik Sakti Enjiniring, Ketua Pegawai Eksekutif Treeletrik, Datuk Viswananthan Menon berkata, "Treeletrik merupakan perintis yang membawa motosikal elektrik sepenuhnya dari Malaysia ke rantau ASEAN dan rantau lain, menerajui kaedah mobiliti baharu. Kami teruja untuk meningkatkan usaha kami di peringkat serantau melalui kerjasama dengan PT Pasifik Sakti Enjiniring dan PBNU di Indonesia untuk menyediakan pilihan pengangkutan yang bersih, selamat dan dengan harga berpatutan yang disertai dengan teknologi EV kami yang canggih. Motosikal 100% elektrik kami menawarkan penjimatan kos jangka panjang kepada pelanggan dan yang lebih penting, menyumbang ke arah kesan positif keseluruhan terhadap alam sekitar."

Perjanjian yang merangkumi tempoh selama tiga tahun ini akan menyaksikan Treeletrik membekalkan motosikal elektrik yang dipasarkan secara bersama-sama oleh PT Pasifik Sakti Enjiniring dan PBNU bagi pasaran Indonesia. PT Pasifik Sakti Enjiniring yang mengendalikan jenama motosikal elektrik, MOLINUS (Motor Listrik Nusantara) kini menambah motosikal 100% elektrik Treeletrik ke dalam portfolionya. Terdapat juga perancangan usaha sama antara Treeletrik dan PT Pasifik Sakti Enjiniring untuk mendirikan kilang pemasangan di Indonesia berdasarkan ramalan permintaan terhadap motosikal elektrik yang semakin meningkat. Langkah ini akan menjadi suatu rangsangan positif kepada ekonomi Indonesia melalui pembangunan bakat, peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi.

Rangkaian motosikal elektrik baharu yang diperakui di Eropah dan Malaysia dengan WP.29 UNECE ini akan menampilkan teknologi bateri litium pertukaran pantas istimewa Treeletrik. Dengan purata kelajuan 65-90 km/jam, e-motosikal ini mempunyai jarak perjalanan daripada 85 hingga 120 km. Sejajar dengan program kerajaan Indonesia tentang Program Pemecutan Kenderaan Elektrik Berasaskan Bateri, rakan usaha sama di Indonesia optimistik terhadap permintaan dan menetapkan sasaran jualan pada 10,000 unit untuk tahun 2021 dan melengkapkan jualan 200,000 unit menjelang akhir tahun 2023. Perjanjian penuh akan dipaparkan melalui pemfailan 8-K.

Menyasarkan pertumbuhan
Kerjasama pengedaran serantau terkini Treelektrik yang memanfaatkan populasi pengguna motosikal yang besar di Indonesia menjadi suatu petunjuk pertumbuhan positif bagi jenama tersebut. Portfolio motosikal elektrik dan kenderaan komersial elektrik Treeletrik akan membawa pembaharuan kepada industri EV dan masa depan mobiliti di Malaysia dan ASEAN.

Sebagai persediaan untuk memenuhi pesanan yang semakin meningkat, syarikat ini melabur dalam kemudahan pemasangan, pengeluaran dan pemasarannya yang pada awalnya di Selangor, Malaysia dan kemudiannya di sebuah kemudahan baharu di Gebeng, Pahang, Malaysia. Ia juga merancang untuk menubuhkan kilang pemasangan di Indonesia bersama rakan pengedaran untuk memperkemaskan kecekapan rantaian bekalan dan meningkatkan margin melalui pemasangan tempatan di pasaran dengan permintaan yang mencukupi.

Inovasi didayakan elektrik
Pendekatan Treeletrik terhadap mobiliti yang menghapuskan keperluan untuk penukaran bahan bakar fosil dan minyak menghasilkan pelepasan karbon dioksida (CO2) sifar. Selain itu, e-motosikal Treeletrik menawarkan manfaat penjimatan kos jangka panjang kepada pengguna dengan menjimatkan lebih 50% kos operasi dan penyelenggaraan harian. E-motosikal boleh melakukan perjalanan dengan anggaran sejauh 80 hingga 120 km setiap hari (Purata 70,000 kilometer selama lebih 36 bulan) dan dengan kos sebanyak RM0.01 (satu sen) hingga RM0.02 (dua sen) bagi perjalanan setiap km berdasarkan kadar elektrik Tenaga Nasional pada harga RM0.571 / KwH, iaitu caj pada tarif tertinggi.

Memenuhi permintaan untuk EV
Bertekad untuk membantu meningkatkan mobiliti elektrik di negara-negara ASEAN, Treeletrik terus menerima permintaan yang positif bagi motosikal 100% elektriknya. Syarikat EV ini mula mengeksport kira-kira 50 unit motosikal elektrik ke Thailand dan Indonesia pada tahun 2020 dengan tambahan 15,000 unit yang akan dieksport pada tahun ini. Antara pasaran lain yang sedang diperhatikan oleh Treeletrik sebagai pelanggan berpotensi ialah Filipina dan Kemboja.

"Pesanan yang cukup besar yang diperoleh hingga kini dan perbincangan yang berterusan dengan negara-negara lain yang menunjukkan minat terhadap rangkaian e-motosikal Treeletrik akan menghasilkan pengembangan operasi Treeletrik yang signifikan di Malaysia dan antarabangsa," tambah Menon.

Ideanomics telah mengambil alih pemilikan Treeletrik sebanyak 51% pada tahun 2019. Sejak itu, syarikat tersebut telah memulakan persediaan untuk pertumbuhan di rantau ASEAN bagi memanfaatkan pergantungan besar rantau ini pada pengangkutan beroda dua dan tiga. 

Tentang Tree Technologies Sdn. Bhd.
Tree Technologies Sdn. Bhd. memiliki jenama EV Treeletrik dan merupakan sebuah syarikat perintis yang membawa motosikal elektrik sepenuhnya yang sah untuk penggunaan jalan raya ke Malaysia. Syarikat ini menyediakan pilihan pengangkutan yang bersih, selamat dan harga berpatutan dengan teknologi canggih, inovasi EV dan penyelenggaraan yang minimum. Treeletrik diberi lesen oleh MITI untuk mengeluarkan semua jenis produk EV.

Pada bulan Mac 2019, Ideanomics memperoleh kepentingan kawalan dalam Tree Technologies Sdn. Bhd. Gabungan organisasi ini mempercepat penerimaan dan kemampuan pengeluaran EV, memperluas portfolio Treeletrik daripada basikal berenjin dan motosikal EV hinggalah kepada bas, trak, kereta dan kereta api ringan EV. Barisan produk kenderaan yang diperluas ini memberi perkhidmatan kepada 650 juta orang di rantau ASEAN yang merangkumi Malaysia, Thailand, Indonesia, Kemboja, Vietnam, Filipina, Laos, Singapura dan Brunei.

https://www.treeletrik-ev.com 

Tentang Ideanomics
Ideanomics  ialah sebuah syarikat global yang memfokus terhadap gabungan perkhidmatan kewangan dan industri yang mengalami perubahan teknologi. Bahagian Ideanomics Mobility kami ialah penyedia perkhidmatan yang memudahkan penggunaan kenderaan elektrik kepada pengendali armada komersial melalui penawaran pemerolehan kenderaan, pembiayaan dan penyewaan serta penyelesaian pengurusan tenaga di bawah model perniagaan penjualan hingga pembiayaan hingga caj (S2F2C) yang inovatif. Ideanomics Capital memfokus kepada penyelesaian teknologi kewangan (fintech) yang berubah dalam industri perkhidmatan kewangan. Ideanomics Mobility dan Ideanomics Capital bersama-sama menyediakan pelanggan dan rakan kongsi global dengan teknologi dan perkhidmatan terbaik yang direka untuk meningkatkan ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti serta pemegang saham kami berpeluang untuk turut serta dalam industri yang berpotensi tinggi dan berkembang maju.

Syarikat ini beribu pejabat di New York, NY, dengan pejabat di Beijing, Hangzhou dan Qingdao serta beroperasi di A.S., China, Ukraine dan Malaysia.

Pernyataan Perlindungan Selamat
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan tertentu yang mungkin merangkumi "pernyataan berpandangan ke hadapan". Semua pernyataan selain daripada pernyataan fakta sejarah yang disertakan di sini ialah "pernyataan berpandangan ke hadapan." Pernyataan berpandangan ke hadapan ini sering dikenali melalui penggunaan terminologi berpandangan hadapan seperti "percaya", "menjangka" atau ungkapan yang serupa, melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui, termasuk pernyataan tentang hasrat kami untuk peralihan model perniagaan kami kepada syarikat teknologi kewangan generasi seterusnya, strategi perniagaan kami dan penawaran produk yang dirancang, hasrat kami untuk menghentikan perdagangan minyak dan perniagaan elektronik pengguna dan potensi hasil kewangan pada masa hadapan. Walaupun Syarikat percaya bahawa jangkaan yang digambarkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini adalah munasabah, ia mencakupi andaian, risiko dan ketidakpastian dan jangkaan ini mungkin terbukti tidak benar. Anda tidak boleh meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini, yang hanya benar pada tarikh siaran akhbar ini. Keputusan sebenar Syarikat boleh berbeza secara material daripada yang dijangkakan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini hasil daripada pelbagai risiko dan ketidakpastian, seperti risiko yang berkaitan dengan: kemampuan kami untuk meneruskan sebagai suatu kebimbangan; kemampuan kami untuk memperoleh pembiayaan tambahan bagi memenuhi keperluan perniagaan kami; transformasi model perniagaan kami; turun naik dalam hasil operasi kami; tekanan kepada kakitangan pengurusan, sistem kewangan dan sumber lain semasa kami mengembangkan perniagaan kami; kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan pekerja utama dan pengurusan kanan; tekanan kompetitif; operasi antarabangsa kami; serta risiko dan ketidakpastian lain yang dinyatakan di bawah bahagian yang bertajuk "Faktor Risiko" dan "Perbincangan dan Analisis Pengurusan tentang Keadaan Kewangan dan Hasil Operasi" dalam Borang 10-K dan Borang 10-Q terkini kami yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, serta pendedahan serupa dalam laporan susulan yang dikemukakan kepada SEC, yang tersedia pada laman web www.sec.gov. Semua pernyataan berpandangan ke hadapan yang merujuk kepada Syarikat atau individu yang bertindak bagi pihaknya, dinyatakan dengan selayaknya mengikut faktor risiko yang diambil kira secara keseluruhan. Selain daripada yang dikehendaki di bawah undang-undang sekuriti, Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan ini.

Perhubungan Pelabur dan Hubungan Media

Richard Ho
Tree Technologies Sdn. Bhd.
[email protected]

Ideanomics, Inc.
Tony Sklar, Naib Presiden Kanan Perhubungan Pelabur
1441 Broadway, Suite 5116 New York, NY 10018
[email protected]

Valerie Christopherson / Lora Wilson
Global Results Communications (GRC)
+1 949 306 6476
[email protected]

Jeremy Ertl
Perhubungan Awam Skyya
[email protected]

 

Foto – https://mma.prnasia.com/media2/1487722/dvm_for_pr_1mb.jpg?p=medium600 
Logo – https://mma.prnasia.com/media2/1487723/Treeletrik.jpg?p=medium600
Logo – https://mma.prnasia.com/media2/738482/Ideanomics_Logo.jpg?p=medium600

Are you a Corporate Representative of Treeletrik, an investor, or a member of the Business Press?



Practical Methods Menawarkan Penyelesaian Antipemalsuan dan Kebolehkesanan dengan Digimarc

By | MY, PR

Memperluas Kod Bar Digimarc ke Korea Selatan di bawah jenama edgecode® 

BEAVERTON, Oregon, 15 April 2021 /PRNewswire/ — Digimarc Corporation (Nasdaq: DMRC), pencipta Platform Digimarc untuk pengecaman dan pengesanan digital, hari ini mengumumkan perjanjian dengan Practical Method, sebuah syarikat yang berpangkalan di Seoul, Korea Selatan untuk melesenkan tawaran edgecode yang menyediakan Kod Bar Digimarc bersiri pada pembungkusan bagi melaksanakan inisiatif anti-pemalsuan, kebolehlihatan rantaian bekalan dan penglibatan pengguna. Practical Method mengkhusus dalam segmen yang melibatkan industri kosmetik, farmaseutikal, penjagaan kesihatan, barangan pembungkusan pengguna, sukan, pakaian dan makanan. 

"Kami teruja untuk menawarkan Kod Bar Digimarc kepada pelanggan kami di bawah jenama edgecode dan kami melihat potensi pertumbuhan yang besar, khususnya dalam skop perlindungan jenama," kata Howard Kim, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Practical Methods. "Pelanggan kami melihat kelebihan nilai dalam penggunaan Digimarc berbanding penyelesaian perlindungan jenama dan penggunaan simbol yang lain."

Edgecode dengan Kod Bar Digimarc ialah penyelesaian bersiri yang lengkap untuk penyelesaian pembungkusan terhubung dan pencetakan data boleh ubah. Aplikasi mudah alih edgecode dikuasakan oleh perisian Digimarc Discover dan dioptimumkan untuk keperluan aliran kerja yang beraneka serta kepelbagaian peranti pengimbas yang terdapat di pasaran Asia.

Practical Methods ialah salah satu pembekal kod bar data boleh ubah terbesar untuk sektor kosmetik. Syarikat ini turut bekerjasama dengan liga sukan profesional Asia dengan menambahkan edgecode ke dalam tiket perlawanan bagi mencegah pemalsuan dan melindungi reputasi jenama liga.

"Practical Methods merupakan penyokong setia Kod Bar Digimarc dan pembungkusan terhubung, penyelesaian antipemalsuan dan kebolehkesanannya sangat diperlukan di pasaran yang ia sertai," kata Scott Wilcox, Naib Presiden Perkhidmatan Pelanggan Digimarc. "Kami berbangga dengan teknologi kami yang boleh menyokong edgecode dan membantu industri utama seperti industri farmaseutikal dan penjagaan kesihatan, menyerlahkan kebolehlihatan di dalam rantaian bekalan mereka serta melindungi pelanggan dan memelihara reputasi jenama mereka."

Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian Practical Methods dan dapatkan maklumat tentang kelebihan kebolehkesanan Digimarc.

Related Links :

http://www.digimarc.com

Are you a Corporate Representative of Digimarc Corporation, an investor, or a member of the Business Press?



HAVAL H6 Generasi Ke-3 dan JOLION Akan Dilancar dalam Pasaran Global

By | MY, PR

BAODING, China, 15 April 2021 /PRNewswire/ — Pada tahun 2020, HAVAL H6 Generasi Ke-3 dan JOLION di China mendapat perhatian pasaran yang sangat tinggi, yang bukan sahaja dapat membantu HAVAL H6 mengekalkan salah satu model SUV paling laris terjual, tetapi juga mempromosikan HAVAL untuk menjadi salah satu jenama SUV yang paling laris terjual di China. Beberapa hari yang lalu, Sam Liu, Naib Presiden GWM berkata: "GWM telah melancarkan tiga jenama teknologi global berorientasi masa depan dan berasa yakin dalam menangani transformasi industri automobil. Pelancaran jenama-jenama teknologi L.E.M.O.N., COFIS dan TANK telah mengumumkan secara rasmi bahawa GWM akan berubah menjadi sebuah syarikat teknologi mobiliti global dan produk-produknya yang lebih pintar, selamat dan menerajui trend akan memenuhi keperluan pengguna kontemporari bagi tujuan perjalanan. Berdasarkan penaiktarafan teknologi keseluruhan yang dibawa oleh jenama teknikal ini, GWM melancarkan beberapa produk baharu melibatkan model pikap dan SUV, diwakili oleh HAVAL H6 Generasi Ke-3 dan JOLION. Model-model serba baharu ini akan memantapkan kedudukan pasaran HAVAL dan memperbaharui imej jenama."

The 3rd Gen HAVAL H6 and JOLION
The 3rd Gen HAVAL H6 and JOLION

Kedua-dua model baharu ini akan menembusi pasaran global secara berturut-turut dalam suku kedua tahun ini. Ini juga merupakan kali pertama HAVAL mengemas kini produknya pada kadar yang sama dalam pasaran domestik dan luar negara. Antaranya, JOLION diberi kedudukan sebagai SUV utama bandar global manakala H6 Generasi Ke-3 diberi kedudukan sebagai model teknologi global generasi baharu. Ciri-ciri yang bergaya dan berteknologi tinggi telah menjadi sorotan terbesar kenderaan baharu ini.

Dibandingkan dengan produk-produk terdahulu, kedua-dua produk ini merupakan produk-produk serba baharu yang dicipta oleh Platform L.E.M.O.N. GWM. Platform L.E.M.O.N. ialah platform kecerdasan tinggi dan teknologi modular global yang dilancarkan oleh GWM sempena ulang tahun ke-30 untuk menangani cabaran teknologi masa depan. Ia memperkasa produk ini dengan ciri-ciri kefleksibelan, prestasi tinggi, keselamatan tinggi dan ringan agar produk baharu ini diinovasikan secara menyeluruh dari segi reka bentuk penampilan, ruang penumpang, prestasi keseluruhan serta kecerdasan dan keselamatan, maka daya saing produk telah ditingkatkan secara komprehensif.

Platform L.E.M.O.N. dapat menyokong pembangunan model-model daripada kategori-kategori berbeza SUV, sedan dan MPV daripada peringkat A0 hingga D. Hasil daripada kemodularan dan kefleksibelan tinggi Platform L.E.M.O.N., HAVAL JOLION mempunyai jarak roda amat panjang iaitu 2700mm dan sehingga 26 ruang simpanan melangkaui tahap yang sama, bagi menawarkan ruang kokpit yang sangat baik.

Prestasi yang tinggi merupakan ciri luar biasa yang dapat dibawakan oleh Platform L.E.M.O.N. Dengan struktur badan yang lebih cemerlang, contohnya, sudut anggul badan produk dikurangkan sebanyak 50%, lengan momen interferens kemudi dikurangkan sebanyak 16%, ketepatan kemudi ditingkatkan sebanyak 16%, kekukuhan sisian badannya ditingkatkan sebanyak 15% dan pusat jisim kenderaan dikurangkan sebanyak 30mm, penyelarasan kenderaan, pengendalian dan keselesaan akan dapat ditingkatkan secara komprehensif.

Kecerdasan dan keselamatan juga merupakan sorotan teknikal kedua-dua model ini. Teknologi kecerdasan dan pemanduan berautonomi GWM turut diaplikasikan pada dua model seperti IACC, pejalan kaki AEB, penunggang basikal AEB, LDW + LKA serta konfigurasi pintar dan selamat termaju lain, yang lebih menjamin keselamatan pemanduan sekali gus memberi kemudahan kepada pengguna.

Platform L.E.M.O.N. turut mempunyai ciri penting iaitu ringan. Melalui "struktur, bahan dan proses", ia menjadikan produk lebih ringan, yang membawakan daya saing yang diperbaharui. Keluli terbentuk panas dengan kekuatan tegangan 2000MPa mula digunakan untuk Platform L.E.M.O.N. dan bukannya kekuatan tradisional 1500MPa. Selepas penaiktarafan serba baharu pada Platform L.E.M.O.N., berat HAVAL H6 Generasi Ke-3 dikurangkan sebanyak 100kg manakala ekonomi bahan api ditingkatkan sebanyak 14.5%. Ia telah melakar kemajuan penting dibandingkan dengan generasi model terdahulu dan turut melangkaui prestasi model-model dengan tahap yang sama.

Kedua-dua model serba baharu yang dihasilkan pada Platform L.E.M.O.N. ini akan meluaskan barisan produk luar negara jenama HAVAL. Ia merupakan maklumat produk yang penting untuk pengguna luar negara bagi memperoleh pengertian baharu mengenai jenama HAVAL dan merasai teknologi pembuatan kenderaan terkini GWM serta akan dapat meningkatkan imej jenama HAVAL.

Are you a Corporate Representative of HAVAL, an investor, or a member of the Business Press?



LyondellBasell Melancarkan Produk dalam Keluarga Circulen untuk Memajukan Penyelesaian Kitaran

By | MY, PR

ROTTERDAM, Belanda, 12 April 2021 /PRNewswire/ — LyondellBasell (NYSE: LYB) hari ini mengumumkan pelancaran rangkaian produk di bawah nama Circulen yang membolehkan pemilik jenama meningkatkan kelestarian produk pengguna. Pengumuman ini menandakan langkah seterusnya dalam usaha LyondellBasell untuk mencapai matlamat kelestariannya dalam menghasilkan dan memasarkan dua juta tan metrik polimer berasaskan bahan kitar semula dan boleh diperbaharui setiap tahun menjelang tahun 2030, yang merupakan salah satu matlamat paling tinggi dalam industri ini.

Produk dalam keluarga Circulen LyondellBasell menyokong pengurangan sisa plastik melalui penggunaan kandungan kitar semula dan jejak karbon yang lebih rendah dengan menggunakan kandungan daripada bahan yang boleh diperbaharui berbanding stok suapan daripada sumber berasaskan fosil. Portfolio produk Circulen terdiri daripada:

  • Polimer Circulen Recover diperbuat daripada sisa plastik melalui proses kitar semula secara mekanikal;
  • Polimer Circulen Revive diperbuat menggunakan proses kitar semula (molekul) yang canggih untuk menukar sisa plastik menjadi stok suapan bagi menghasilkan polimer baharu yang mempunyai pelbagai kegunaan; dan
  • Polimer Circulen Renew diperbuat daripada stok suapan boleh diperbaharui seperti minyak masak terpakai yang mempunyai pelbagai kegunaan.

Untuk membantu mencapai matlamat syarikat, LyondellBasell melaksanakan pendekatan serampang berbilang mata untuk memajukan ekonomi kitaran dengan merealisasikannya melalui penyelesaian yang lestari.

"Dengan portfolio produk Circulen yang baharu ini, kami mengambil tindakan mantap bagi memajukan ekonomi kitaran masa kini, berinovasi untuk masa depan dan bekerjasama di seluruh rantaian nilai ini," kata Ken Lane, Naib Presiden Eksekutif Global Olefin dan Poliolefin, LyondellBasell. "Cita-cita kami berisiko, namun diperlukan dan kami komited untuk memainkan peranan kami bagi membantu menangani cabaran global berkaitan sisa plastik dalam alam sekitar dan perubahan iklim sambil memenuhi keperluan pelanggan dan pemilik jenama."

Pelancaran portfolio Circulen yang baharu ini merupakan susulan daripada beberapa pengumuman baru-baru ini yang memfokus kepada cita-cita ekonomi kitaran LyondellBasell:

  • Memperluas portfolio usaha sama kitar semula secara mekanikal, Quality Circular Polymer yang merangkumi plastik kitar semula pasca pengguna dan pasca industri;
  • Memperluas inovasi masa depan dalam kitar semula (molekul) yang canggih dengan teknologi MoReTec LyondellBasell dan memulakan kemudahan perintis;
  • Menggunakan stok suapan yang terdiri daripada bahan boleh diperbaharui dengan menggunakan sisa dan minyak masak untuk menghasilkan produk plastik yang membantu mengurangkan CO2 di sepanjang kitaran hayat produk; dan
  • Memperoleh Pensijilan Karbon dan Kelestarian Antarabangsa (International Sustainability and Carbon Certification, ISCC) SERTA pensijilan untuk tapak pemisah dan polimer kami di Eropah.

Portfolio Circulen LyondellBasell kini tersedia di Eropah dan akan diperkenalkan di Amerika Utara dan China tidak lama lagi. Produk Circulen kini digunakan dalam rangkaian beg pakaian Samsonite Magnum Eco yang baharu dan peralatan bercucuk tanam (seperti bekas penyiram).

##

Tentang LyondellBasell

LyondellBasell (NYSE: LYB) ialah salah sebuah syarikat plastik, bahan kimia dan penapisan terbesar di dunia. Didayakan oleh para pekerjanya di seluruh dunia, LyondellBasell menghasilkan bahan dan produk yang menjadi elemen utama untuk kemajuan penyelesaian dalam cabaran moden seperti meningkatkan keselamatan makanan melalui pembungkusan yang ringan dan fleksibel, melindungi kebersihan bekalan air melalui paip yang lebih kukuh dan berketahanan, meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kecekapan bahan api bagi kebanyakan kereta dan trak di jalan raya serta memastikan peralatan elektronik dan perkakasan berfungsi dengan selamat dan berkesan. LyondellBasell menjual produk di lebih 100 buah negara dan merupakan pengeluar sebatian polipropilena terbesar di dunia serta pemberi lesen terbesar untuk teknologi poliolefin. Pada tahun 2021, LyondellBasell dinobatkan sebagai "Syarikat Paling Dikagumi di Dunia" dalam senarai Majalah FORTUNE untuk tahun keempat berturut-turut. Maklumat lanjut tentang LyondellBasell boleh didapati di www.lyondellbasell.com.

The LyondellBasell Circulen product family supports the reduction of plastic waste through the use of recycled content, and a lower carbon footprint through the use of renewable-based content as compared to feedstock from fossil-based sources.
The LyondellBasell Circulen product family supports the reduction of plastic waste through the use of recycled content, and a lower carbon footprint through the use of renewable-based content as compared to feedstock from fossil-based sources.

 

 

 

Foto – https://mma.prnasia.com/media2/1483404/circulen_by_lyondellbasell.jpg?p=medium600
Logo – https://mma.prnasia.com/media2/562522/LyondellBasell_Advancing_Possible_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Related Links :

http://www.lyondellbasell.com

Are you a Corporate Representative of LyondellBasell, an investor, or a member of the Business Press?



Zoomlion Umum Keputusan Tahunan 2020: Pendapatan Melonjak 50.34% Berbanding Tahun Sebelumnya untuk Capai $US9.92 bilion yang Memecah Rekod

By | MY, PR

CHANGSHA, China, 12 April 2021 /PRNewswire/ — Pada 30 Mac, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) mengeluarkan laporan tahunan 2020nya.

Sorotan Kewangan Utama:

  • Pendapatan operasi mencapai CNY65.109 bilion ($US9.92 bilion), peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 50.34%.
  • Keuntungan diatribut kepada pemegang saham syarikat tersenarai mencapai 7.281 bilion yuan ($US1.11 bilion), peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 66.55%

"Zoomlion mengalami tahun 2020 yang kukuh," kata En. Yang Duzhi, Setiausaha Lembaga Pengarah Zoomlion. "Dipacu oleh prestasi yang kukuh produk teras syarikat dan keuntungan yang meneraju industri, syarikat melaporkan rekod tinggi dalam pendapatan di sepanjang tempoh pelaporan."

Pencapaian Operasi:

Dalam tahun 2020, perniagaan jentera pembinaan syarikat mencapai pendapatan jualan sebanyak 61.383 bilion yuan ($US9.35 bilion), mewakili peningkatan tahun ke tahun 49.75%. Bahagian pasaran produk utama dan teras Zoomlion seperti jentera kren dan jentera konkrit berkembang lebih pantas berbanding tahap purata dalam industri. Jualan jentera kren menara mencapai rekod tinggi, mengekalkan kedudukan pertama dalam pasaran global. Bahagian pasaran kren trak melebihi kapasiti 30 tan, kren rangkak serta trak pam boom panjang, pam konkrit atas trak, dan loji pencampur konkrit kekal berada di atas pasaran tempatan.

Zoomlion juga membuat kejayaan dalam pasaran berpotensi seperti pasaran jentera tolak tanah dan platform kerja udara (AWP). Jualan jentera tolak tanah melonjak ke kedudukan keenam dalam pasaran tempatan, disebabkan oleh inovasi produknya serta strategi jualan dan pemasarannya. Dengan sistem kuasa bateri litium yang dipertingkatkan sepenuhnya, Zoomlion melancarkan lebih daripada 40 AWP pintar hijau seperti 2020, yang membolehkan produk mengekalkan kedudukan teratasnya dalam industri.

Pencapaian Antarabangsa:

"Zoomlion juga cemerlang di pasaran global. Dengan menerapkan strategi penyetempatan secara berterusan, kehadiran antarabangsa Zoomlion menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa, dengan jualan eksport bagi jentera kren pembinaan meningkat sebanyak lebih daripada 35% tahun ke tahun," kata En. Yang. "Syarikat ini telah menubuhkan rangkaian pengeluaran, jualan, dan perkhidmatan global yang meliputi lebih daripada 100 negara dan wilayah, mewujudkan daya saing utama dalam pasaran tempatan."

Kren rangkak ZCC9800 menetapkan rekod sebagai kren rangkak muatan terbesar yang dieksport ke pasaran global matang dari China. Pelbagai taman perindustrian dan pangkalan pengeluaran yang ditubuhkan di Belarus, Kazakhstan, India, Pakistan, Indonesia, dan Thailand untuk menggalakkan pengeluaran tempatan. Anak syarikatnya CIFA juga telah merealisasikan pengeluaran yang disetempatkan dan jualan kren di Itali.

Syarikat akan terus mempercepatkan transformasi digitalnya, melabur lagi dalam R&D untuk menambah baik produk teknologi, dan menyampaikan keputusan yang kukuh buat pemegang sahamnya.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan dalam tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd (01157.HK) adalah perusahaan pengeluaran peralatan atasan yang menyepadu jentera kejuruteraan, pertanian, dan perkhidmatan kewangan. Syarikat ini kini menjual lebih daripada 600 produk canggih dari 56 barisan produk yang merangkumi sepuluh kategori penting.

www.zoomlion.com

 

Related Links :

http://www.zoomlion.com

Are you a Corporate Representative of Zoomlion, an investor, or a member of the Business Press?



TMRW lancar TMRW Creators Camp bantu milenial yang berminat dengan penciptaan kandungan jadikan masa depan milik mereka

By | MY, PR

BANGKOK, 9 April 2021 /PRNewswire/ — TMRW by UOB, bank khusus mudah alih yang pertama untuk generasi digital ASEAN, telah melancarkan ‘TMRW Creators Camp’ bagi melengkapkan golongan milenial dengan kemahiran dan pengetahuan dalam usaha memajukan kerjaya impian mereka sebagai pencipta kandungan.

En. Natee Srirussamee, Ketua Digital Runcit, UOB Thailand
En. Natee Srirussamee, Ketua Digital Runcit, UOB Thailand

TMRW, dengan kerjasama RAiNMaker, iaitu komuniti pencipta kandungan terkemuka di Thailand, dan a day magazine, penerbit kandungan terkini di Thailand, akan menganjurkan beberapa bengkel latihan mengenai penciptaan kandungan digital mulai Mei hingga Jun 2021. TMRW Creators Camp terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menceburi kerjaya sebagai pencipta kandungan profesional. Pemohon mesti mempunyai saluran YouTube atau Facebook mereka sendiri dengan sekurang-kurangnya 1,000 pengikut.

Encik Natee Srirussamee, Ketua Digital Runcit, UOB Thailand, berkata, "Sebagai bank mudah alih semata-mata yang direka khusus untuk generasi digital ASEAN, matlamat kami dari awal lagi adalah untuk sentiasa menyokong aspirasi pelanggan kami. Bermula daripada penyelesaian kewangan pintar sehinggalah inisiatif seperti TMRW Creators Camp, kami ingin memberi dorongan kepada pelanggan kami ke arah pencapaian cita-cita mereka.  

"Memandangkan pengguna Thai meluangkan hampir tiga jam secara purata di saluran media sosial seperti YouTube, Instagram dan TikTok[1], dan bahawa semakin banyak syarikat dan perniagaan kini mengalihkan perbelanjaan pengiklanan ke saluran digital[2], kerjaya sebagai pencipta kandungan digital mampu menjadi kerjaya yang dinamik dan mampan. Melalui TMRW Creators Camp, kami berharap para peserta dapat membangunkan atau meningkatkan kemahiran digital selain belajar cara yang lebih baik untuk melibatkan penonton supaya berjaya dalam laluan kerjaya pilihan mereka."

Permohonan untuk menyertai TMRW Creators Camp dibuka mulai 1 April hingga 20 April 2021. Pemohon perlu menghantar video pendek memperkenalkan diri mereka dan sebab mereka ingin menyertai TMRW Creators Camp ke laman web TMRW.

Sehingga 100 pemohon yang berjaya akan dijemput menghadiri empat bengkel maya yang merangkumi beberapa elemen utama dalam penciptaan kandungan digital seperti penceritaan, kreativiti dalam kandungan, penciptaan kandungan video dan pelaksanaan strim langsung. Peserta perlu menghadiri semua bengkel dan menyiapkan semua tugasan mengenai topik yang diberikan. Bengkel tersebut akan dihoskan oleh pencipta kandungan terkenal di Thailand seperti Aou Spin9, Ayashi Channel, Boom Tharis, Cee Chatpawee, Codie, Eddy, Ken Nakarin dan Softpomz.

Pada akhir keempat-empat bengkel tersebut, sepuluh finalis yang mendapat gred tertinggi dalam tugasan mereka berdasarkan kreativiti, keterlibatan dan kualiti pengeluaran, akan dijemput menyertai kelas pakar (masterclass). Dalam kelas pakar ini, mereka berpeluang untuk belajar daripada pencipta kandungan termasyhur seperti Nong Wongtanong, pengasas bersama a day magazine dan The Standard, Rawit Hanutsaha, usahawan berjaya di sebalik blog terkenal "Mission to the Moon", dan juga Suthichai Yoon, salah seorang wartawan terulung dan berpengaruh di Thailand.

Pemenang akan menerima wang tunai dan peralatan pengeluaran kandungan seperti kamera digital, komputer riba dan mikrofon tanpa wayar yang bernilai kira-kira 1 juta baht bagi membantu kerjaya penciptaan kandungan profesional mereka sendiri.

Untuk maklumat lanjut mengenai TMRW Creators Camp dan kriteria permohonan, sila kunjungi www.tmrwbyuob.com/tmrwcreatorscamp dan halaman Facebook TMRW Thailand di https://www.facebook.com/tmrwthailand.

[1] Sumber: ‘Digital 2020: Thailand’, We Are Social and Hootsuite, 2020

[2] Perbelanjaan bagi pengiklanan digital di Thailand telah meningkat sebanyak dua digit sepanjang lima tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2020, Facebook mempunyai bahagian tertinggi dalam perbelanjaan pengiklanan (32 peratus), diikuti dengan YouTube (21 peratus). Sumber: Digital Advertising Association (Thailand), 2020

 

 

Related Links :

http://www.uobgroup.com

Are you a Corporate Representative of United Overseas Bank, an investor, or a member of the Business Press?



Shanghai Electric Keluarkan Keputusan Tahunan 2020 dan Buka Laluan untuk Masa Depan Neutral-Karbon

By | MY, PR

SHENZHEN, China, 8 April 2021 /PRNewswire/ — Shanghai Electric ("Syarikat") (SEHK: 02727, SSE: 601727), pengeluar dan pembekal yang terkemuka di dunia bagi peralatan penjanaan kuasa elektrik, peralatan industri dan perkhidmatan integrasi, mengeluarkan keputusan diaudit bagi tahun fiskal berakhir pada 31 Disember 2020.

Pada tahun 2020, Syarikat mencapai jumlah hasil sebanyak RMB 137.285 bilion, satu peningkatan sebanyak 7.67% berbanding tahun sebelumnya dan keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemilik Syarikat meningkat 7.34% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB 3.758 bilion. Pesanan baharu meningkat kepada RMB 185.55 bilion manakala pesanan yang tersedia meningkat kepada RMB 276.09 bilion, masing-masing meningkat 8.7% dan 14.7% berbanding tahun sebelumnya. Syarikat bercadang untuk membayar dividen akhir sebanyak RMB 0.7178 bagi setiap sepuluh saham.

Biarpun dengan cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19, Shanghai Electric mencapai keputusan cemerlang dengan mengurangkan impak merentasi pelbagai segmen perniagaan. Segmen Perniagaan Peralatan Tenaga mengekalkan prestasi yang stabil dan mencapai hasil sebanyak RMB 55.96 bilion — meningkat 21.8% berbanding tahun sebelumnya yang sebahagian besarnya disebabkan oleh pertumbuhan pesat perniagaan turbin angin dan komponen. Syarikat turut meningkatkan hasil daripada Segmen Perniagaan Perkhidmatan Bersepadunya yang merangkumi Kejuruteraan Tenaga dan Perkhidmatan, Kejuruteraan  dan Perkhidmatan Alam Sekitar, Kejuruteraan dan Perkhidmatan Automasi, perkhidmatan Internet Industri, Perkhidmatan Kewangan, Perkhidmatan Perdagangan Antarabangsa dan banyak lagi. Segmen ini meningkat 17.9% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB 52.232 bilion, dengan kenaikan dipacu oleh pertumbuhan yang dipercepatkan dalam Kejuruteraan dan Perkhidmatan Tenaga.

Dalam masa yang sama, Shanghai Electric mengambil langkah-langkah yang penting dalam pembaharuan mekanisme institusi, pembangunan teknologi bersepadu, pelaburan dalam penyelesaian saintifik dan inovasi, pembangunan penyelesaian pintar dan pembinaan Platform SEunicloud Internet Industrinya — lantas melakar kemajuan yang stabil dalam perjalanan untuk menjadi sebuah perusahaan bertaraf dunia.

Pada tahun 2020, Syarikat berjaya mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Penyenaraian Bursa Saham Shanghai untuk menyenaraikan subsidiarinya, Shanghai Electric Wind Power Group Co., Ltd. ("SEWP") dalam Papan Inovasi Sains dan Teknologi serta menyelesaikan pembangunan pemilikan bercampur Shanghai Renmin Electrical Apparatus Works (SREAW) dan Shanghai Centrifuge Institute Co., Ltd. Di samping itu, bagi tujuan memacu penggunaan tenaga baharu dan mencapai pembangunan mesra alam serta lestari, Shanghai Electric secara proaktif mempromosikan transformasi tenaga dan perkhidmatan tenaga komprehensifnya yang merangkumi "angin, solar, hidro, terma dan integrasi penyimpanan" serta "sumber, grid, beban dan integrasi penyimpanan tenaga". Syarikat turut meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan berjaya melancarkan projek turbin angin permulaan gelap (black start) pertama di dunia dengan kapasiti melebihi 5MW — mewujudkan keupayaan teknologi yang lengkap untuk penyelesaian tenaga pintar.

Komited untuk mengusahakan penyimpanan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui, Shanghai Electric secara rasmi melancarkan pelbagai penyelesaian pintar sepanjang tahun 2020. Tahun lalu, Syarikat memulakan operasi tapak industri bateri litium Shanghai Electric Guoxuan Nantong serta projek Tenaga Pintar solar-angin bersepadunya di Zon Perindustrian Minhang Shanghai serta stesen janakuasa penyimpanan tenaga Shanghai Electric Golmud Meiman Minhang di Bandar Golmud, Wilayah Qinghai.

Shanghai Electric menambah hampir 30,000 peranti baharu pada platform internet industri "SEunicloud" miliknya pada tahun fiskal 2020 dengan nilai aset berjumlah RMB 24.7 bilion. Syarikat turut membangunkan dan mengintegrasikan 15 aplikasi industri bermula daripada perangkaian peralatan dan diagnosis kesalahan sehinggalah perancangan tenaga. Dalam masa yang sama, Shanghai Electric membangunkan lapan penyelesaian industri awal termasuk operasi dan penyelenggaraan pintar kuasa angin, operasi dan penyelenggaraan jarak jauh kuasa terma, operasi dan penyelenggaraan alat mesin, bateri penyimpanan tenaga dan tenaga teragih.

Memandang ke hadapan, Shanghai Electric akan terus melaksanakan falsafah pembangunan "tiga langkah ke hadapan" dengan orientasi ke arah strategi, penyelesaian masalah dan keputusan. Syarikat akan terus membangunkan perkhidmatan tenaga pintar komprehensifnya dalam usaha untuk menggiatkan industri menuju masa depan digital, terhubung dan pintar. 

 

 

Related Links :

http://www.shanghai-electric.com

Are you a Corporate Representative of Shanghai Electric, an investor, or a member of the Business Press?



MoneyGram Mengumumkan Lanjutan Kerjasama selama Tiga Tahun dengan SBI Remit di Jepun

By | MY, PR

Selama lebih sedekad, MoneyGram dan SBI Remit telah menyampaikan perkhidmatan pemindahan wang dengan harga berpatutan dan inovatif untuk memenuhi peningkatan keperluan bagi gabungan pangkalan pelanggan mereka melalui kedua-dua saluran digital dan secara langsung 

TOKYO, 8 April 2021 /PRNewswire/ — MoneyGram International, Inc, peneraju global dalam pemindahan wang dan pembayaran P2P rentas sempadan, hari ini mengumumkan pelanjutan kerjasama selama tiga tahun dengan SBI Remit Co., Ltd., salah satu rakan kongsi utama Syarikat tersebut di Jepun. Selama lebih sedekad, MoneyGram dan SBI Remit telah menyampaikan perkhidmatan pemindahan wang dengan harga berpatutan dan inovatif untuk memenuhi peningkatan keperluan bagi gabungan pangkalan pelanggan mereka melalui kedua-dua saluran digital dan secara langsung. Ketika MoneyGram meneruskan pengembangannya di seluruh Asia Pasifik, lanjutan kerjasama ini merupakan kejayaan yang penting untuk MoneyGram di rantau ini.

"Kami teruja untuk melanjutkan kerjasama kami dengan SBI Remit selama tiga tahun lagi ketika kami meneruskan pengembangan di seluruh Asia Pasifik dan membolehkan lebih ramai pelanggan mengirim dan menerima wang kepada dan daripada keluarga serta rakan-rakan di seluruh dunia," kata Grant Lines, Ketua Pegawai Pendapatan Global MoneyGram. "Melalui perkongsian strategik dengan syarikat-syarikat seperti SBI Remit, kami kekal memberi tumpuan kepada inisiatif pengalaman pelanggan serta meningkatkan pilihan untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat."

"MoneyGram menjadi rakan kongsi kiriman wang antarabangsa pertama kami pada November 2010 dan kami amat teruja dengan hubungan yang diperbaharui dengan rakan kongsi jenama kami yang dipercayai," kata Nobuo Ando, Pengarah Perwakilan SBI Remit. "Di SBI Remit, kami memperluas pilihan kepada para pelanggan untuk mendepositkan wang tunai ke dalam kad Remit mereka. Melalui perkhidmatan seperti ini, kami akan terus menawarkan pelanggan di Jepun dengan lebih banyak kemudahan untuk mengirim wang ke kampung halaman mereka melalui MoneyGram."

Bagi meraikan pencapaian ini, MoneyGram dan SBI Remit akan melancarkan promosi istimewa kepada para pelanggan. Para pelanggan SBI Remit yang melakukan transaksi melalui MoneyGram sebelum 31 Mac 2022 akan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai daripada keseluruhan jumlah hadiah yang bernilai JPY1,200,000. Terdapat 10 pemenang pada setiap bulan dan setiap pemenang akan memenangi JPY10,000.1 

Untuk menggunakan perkhidmatan MoneyGram dengan SBI Remit, pengirim boleh mendaftar di laman web SBI Remit di www.remit.co.jp. Pengirim kemudiannya boleh mendepositkan wang ke dalam akaun deposit SBI Remit di Mizuho Bank, Sumitomo Mitsui Bank dan Resona Bank. Deposit juga boleh dibuat melalui kad SBI Remit di ATM Japan Post Bank atau ATM Lawson Bank atau boleh juga dibuat melalui pembayaran tunai dari FamiPort di mana-mana lokasi Family Mart di seluruh Jepun.

Tentang MoneyGram International, Inc.
MoneyGram ialah peneraju evolusi pembayaran P2P digital. Dengan strategi yang bertujuan untuk memudahkan pergerakan wang, budaya inovasi teknologi kewangan (fintech) yang kukuh serta keupayaan yang berpusatkan pelanggan, MoneyGram telah berkembang dengan memberikan perkhidmatan kepada hampir 150 juta orang di seluruh dunia selama lima tahun yang lalu.

Syarikat ini memanfaatkan platform berasaskan API, mudah alih dan moden serta bekerjasama dengan jenama terkemuka di dunia untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna melalui MoneyGram Online (MGO), perniagaan digital langsung kepada pengguna, rangkaian peruncitan global dan perniagaan kewangan baharunya untuk pelanggan perusahaan iaitu MoneyGram sebagai Perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari ir.moneygram.com dan ikuti @MoneyGram

Hubungan Media
[email protected] 

1Tertakluk kepada terma dan syarat

Logo – https://mma.prnasia.com/media2/600838/MoneyGram_International_Logo.jpg?p=medium600  

Related Links :

http://www.moneygram.com

Are you a Corporate Representative of MoneyGram, an investor, or a member of the Business Press?