MYPR

GoodWe tingkatkan perniagaan baterinya dengan penambahan baharu kepada Siri Lynx Home

By April 20, 2021 No Comments

SUZHOU, China, 17 April, 2021 /PRNewswire/ — GoodWe (Kod Saham: 688390.SH), penyongsang PV dan pengeluar penyelesaian simpanan tenaga terkemuka dunia, telah mengumumkan penambahan baharu kepada siri bateri Lynx Home miliknya.

Siri Bateri Lynx Home
Siri Bateri Lynx Home

Pada kesempatan ini, dua jenis bateri berbeza akan dilancarkan; Siri S Lynx Home voltan tinggi dan Siri U Lynx Home voltan rendah. Item-item ini dimasukkan ke dalam senarai aksesori PV yang semakin bertambah yang ditawarkan oleh GoodWe susulan IPOnya pada bulan September. Pada tahun-tahun lalu, GoodWe, yang telahpun menjadi peneraju pasaran bagi penyongsang simpanan, telah meneroka sektor bateri dan aplikasi tenaga pintar serta memperluaskan barisan produknya bagi merangkumkan bateri litium. Kini, ini menjadikan GoodWe sebagai penyedia penyelesaian sehenti yang sebenar untuk penyimpanan tenaga.

Kedua-dua model Siri Lynx Home GoodWe membawakan Diagnosis & Penaiktarafan Jarak Jauh, menyokong penaiktarafan perisian jarak jauh kesemua modul secara serentak. Dilengkapi dengan tahap perlindungan IP65, ia membolehkan pemasangan yang lebih fleksibel dan lebih mudah. Siri Lynx Home GoodWe membut semula secara automatik apabila bateri memasuki mod perlindungan kendiri ekoran voltan rendah. Bateri ini juga didatangkan dengan Pengecaman Auto Modul.

Siri U Lynx Home boleh mengenal pasti modul selari secara automatik supaya tiada tetapan dail diperlukan. Selain itu, wajar diketengahkan ialah kadar cas ultra pantas 1 jam bagi bateri voltan tinggi Siri S Lynx Home.

Sejak penyenaraian sahamnya, syarikat ini mengumumkan pelaburan besar dibuat dalam kemudahan pengeluaran baharu, pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan Aplikasi Pengurusan Tenaga. Dengan barisan penyongsang PV GoodWe dan penembusan baru-baru ini ke dalam segmen bateri kini menjadikan GoodWe sebagai pesaing yang digeruni dalam industri penyimpanan solar.

Ketersediaan
Siri U Lynx Home LV – April 2021– Global (tidak termasuk AS & Jepun)
Siri S Lynx Home HV – April 2021– Global (tidak termasuk AS, Jepun & Australia)

Maklumat lanjut tersedia di www.goodwe.com.

 

Are you a Corporate Representative of GoodWe, an investor, or a member of the Business Press?