MYPR

LONGi menang anugerah “Pencapai Tinggi” RETC atas prestasi modul cemerlang

By January 14, 2021 No Comments

XI’AN, China, 14 Januari 2021 /PRNewswire/ — Renewable Energy Testing Center (RETC) AS telah mengeluarkan "Photovoltaic Module Index Report" ("Laporan Indeks Modul Fotovolta", PVMI) bagi tahun 2020. Telah memenangi anugerah "High Achievers" ("Pencapai Tinggi") pada tahun 2019, LONGi sekali lagi berjaya meraih anugerah tersebut atas prestasi yang cemerlang susulan penilaian yang komprehensif terhadap modul fotovolta global oleh RETC.

Prestasi LONGi dalam tiga penunjuk iaitu keandalan, prestasi dan kualiti mengiktirafnya sebagai salah satu daripada hanya tiga syarikat yang mencapai anugerah tersebut. Syarikat berkenaan turut menjadi satu-satunya pengeluar modul yang menunjukkan prestasi yang baik dalam kesemua 8 ujian individu, seraya menekankan keandalan tinggi dan prestasi cemerlang modul monohablurannya.

PVMI memberi gambaran keseluruhan tahap tinggi terhadap ujian-ujian berkaitan yang dijalankan oleh RETC dalam penunjuk keandalan, prestasi dan kualiti, diikuti dengan pensampelan data ujian bagi mengenal pasti pelaksana berpretasi tinggi dan menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam pembuatan.

Dianugerahkan sebagai "Pencapai Tinggi" keseluruhan dan menunjukkan prestasi utama yang mantap untuk kesemua 8 penunjuk merupakan bukti yang baik terhadap falsafah tekal LONGi untuk menyediakan produk yang andal kepada pelanggan. Sebagai syarikat teknologi solar yang terkemuka di dunia, LONGi memberi tumpuan pada keandalan produk, bermula daripada reka bentuk kepada pengeluaran, bagi menyediakan pelanggan dengan modul fotovolta yang andal dan bernilai tambah. Reka bentuk modul bermula dengan simulasi bersifat teori menggunakan model optik, elektrik dan mekanikal yang relevan. Kuasa modul, kecekapan, hasil tenaga dan keandalan kesemuanya akan dipertimbangkan sebelum suatu reka bentuk dimuktamadkan; Bagi pemilihan BOM modul, syarikat berkenaan sentiasa mengekalkan pendekatan yang sangat berhati-hati, bagi menjamin keandalan produk dalam tempoh jangka panjang. Di samping itu, LONGi menggunakan pengedopan Ga bagi mengawal LID modul mono PERC dan turut mengoptimumkan proses pempasifan hidrogen bagi mengurangkan LeTID.

Sementara itu, bagi menjamin keandalan modul, LONGi melangkaui lebih daripada keperluan pengujian standard, mewujudkan pelbagai kaedah pengujian berbeza berdasarkan keputusan daripada institusi-institusi penyelidikan ternama dan pakar-pakar pihak ketiga. Bagi proses pengeluaran pula, peralatan yang amat berautomatik bukan sahaja meningkatkan kecekapan, tetapi turut membantu menjamin kestabilan pengeluaran. Sistem kawalan kualiti yang komprehensif dapat menjamin kecemerlangan produk.

Latar Belakang LONGi

LONGi memimpin industri PV solar ke tahap baharu menerusi inovasi produknya dan nisbah kos-kuasa dioptimumkan dengan teknologi monohabluran cemerlang. Syarikat ini membekalkan lebih daripada 30GW wafer dan modul solar berkecekapan tinggi ke seluruh dunia setiap tahun, iaitu kira-kira satu perempat daripada permintaan pasaran global. LONGi diiktiraf sebagai syarikat teknologi solar yang paling berharga di dunia dengan nilai pasaran tertinggi. Inovasi dan pembangunan mampan merupakan dua nilai teras syarikat ini. Ketahui Lebih Lanjut: https://en.longi-solar.com/ 

Related Links :

https://en.longi-solar.com

Are you a Corporate Representative of LONGi Solar, an investor, or a member of the Business Press?