MYPR

LTI akan Mengambil Alih Firma Kejuruteraan Digital, Cuelogic

– Pengambilalihan ini untuk meningkatkan keupayaan pembangunan produk natif awan

MUMBAI, India, 16 Jun 2021 /PRNewswire/ — Larsen & Toubro Infotech Ltd. (BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global, telah menandatangani perjanjian muktamad untuk mengambil alih Cuelogic Technologies, sebuah syarikat Kejuruteraan Digital dan Penyumberluaran Pembangunan Produk yang beribu pejabat di Pune, India. Ditubuhkan pada tahun 2010, Cuelogic telah membina keupayaan dalam kejuruteraan digital dan memberi tumpuan terutamanya dalam membangunkan aplikasi mudah alih dan web natif awan, pemodenan serta mengendalikan Makmal Inovasi sebagai perkhidmatan kepada pelanggannya di AS dan India.

Kejuruteraan Digital merupakan peluang pasaran yang penting dan pengambilalihan ini akan menyediakan akses segera kepada perniagaan yang berkembang pesat dengan daftar pelanggan yang mengagumkan dan mempunyai lebih 300 orang pekerja. Cuelogic bekerjasama dengan pelanggan perusahaan dalam pelbagai aspek pendigitalan seperti Perundingan UX, Operasi Pembangunan (DevOps), Perundingan AI, Internet Benda (IoT), Pemodenan Aplikasi, Seni Bina & Integrasi Awan. Dengan lebih 100 produk yang berjaya dibangunkan, Cuelogic membantu perusahaan global membina dan mengembangkan perniagaan digital moden.

Sanjay Jalona, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan LTI berkata: "Kami percaya bahawa pembangunan produk yang pantas merupakan suatu keperluan penting untuk mempercepat pendigitalan di seluruh industri. Pelanggan kami mencari penyelesaian yang tangkas untuk bersaing dengan berkesan dalam dunia yang berubah-ubah. Keupayaan kejuruteraan digital Cuelogic Technologies yang digabungkan dengan alat dan metodologinya akan membantu pelanggan kami berinovasi, melancarkan produk, mempercepatkan masa ke pasaran dan mengekalkan produk secara optimum. Saya mengalu-alukan pasukan Cuelogic, pelanggan dan rakan kongsi mereka menyertai keluarga LTI."

Nikhil Ambekar, Ketua Pegawai Eksekutif Cuelogic Technologies berkata: "Apabila Vikrant, Neel dan saya bersama-sama mengasaskan Cuelogic, matlamat kami adalah untuk membawa perkhidmatan pembangunan produk yang pantas dan boleh dipercayai kepada perusahaan dan membantu meningkatkan transformasi digital mereka. Kepakaran digital dan budaya unik kami telah membantu kami membina asas yang kukuh. Sebagai sebuah syarikat yang obsesi dengan kecemerlangan kejuruteraan, kami mendapati LTI sebagai rakan kongsi yang ideal bagi fasa seterusnya dalam perjalanan kami. LTI ialah peneraju pertumbuhan dalam industri dan kami teruja untuk menambahkan lagi kekuatan keupayaan Digitalnya yang menakjubkan." 

Cuelogic akan disepadukan dengan amalan Digital LTI. Ini merupakan pengambilalihan yang ketujuh oleh LTI sejak syarikat tersebut disenaraikan pada tahun 2016. Pengambilalihan awal telah meningkatkan kepakaran syarikat dalam bidang data & analitik, perundingan awan, automasi pintar dan platform khusus industri.

Tentang LTI 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 400 pelanggan berjaya dalam dunia yang kian menumpu. Dengan operasi di 31 buah negara, kami berusaha keras untuk pelanggan kami dan mempercepat transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang membolehkan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingan untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks meliputi semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 35,000 warga LTI membolehkan pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Ikuti kami di @LTI_Global

Berhubung dengan LTI : 

Sila baca lebih lanjut : 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Are you a Corporate Representative of LTI, an investor, or a member of the Business Press?