MYPR

Modul Pemprosesan Mono-Etilena Glikol (MEG) Terbesar Dunia, Dibuat oleh CTCI dan Rakan Kongsi, Capai Penyelesaian Mekanikal

By August 2, 2021 No Comments

TAIPEI, 2 Ogos 2021 /PRNewswire/ — CTCI, kontraktor kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) untuk projek-projek hidrokarbon dan petrokimia yang terkemuka di Taiwan, hari ini mengumumkan bahawa lima modul pemprosesan mono-etilena glikol (MEG) mega telah berjaya dipasang dan mencapai penyelesaian mekanikal dalam bulan Julai. CTCI mengetuai reka bentuk modular dan pembikinan modul-modul ini, yang berjaya dihantar ke tapak di Gregory, Texas, pada Februari lalu. Sebaik keseluruhan loji ini beroperasi dalam suku keempat 2021, ia akan membekalkan 1.1 juta tan metrik MEG setahun, yang akan menjadi loji MEG terbesar yang dibina di seluruh dunia dan juga akan menjadi projek modularisasi darat yang terbesar di dunia setakat ini.

Assembly of modules in progress in Gregory, Texas.
Assembly of modules in progress in Gregory, Texas.

Kepentingan pemilikan dalam projek Gulf Coast Growth Ventures adalah 50 peratus ExxonMobil dan 50 peratus SABIC, dengan ExxonMobil sebagai pengendali tapak.

CTCI telah mengetuai Reka Bentuk Kejuruteraan Bahagian Hadapan (FEED) dan usaha kejuruteraan, pemerolehan, pembikinan dan pembinaan (EPFC) modularisasi ini melalui pembentukan satu usaha sama dengan syarikat Amerika McDermott International, Ltd. Usaha sama ini, CMI, telah dianugerahkan dengan kontrak EPFC sekali gus dalam suku kedua 2018 setelah memenangi pertandingan FEED.

Dengan kejuruteraan, pembikinan, kawalan kualiti dan penyelarasan yang luar biasa dan tindak lanjut oleh 1,300 tenaga kerja di tapak, modul ini bukan hanya melengkapkan sambungan dan mencapai penyelesaian mekanikal dalam tempoh enam bulan, tetapi melakukannya dengan rekod 14 juta waktu kerja selamat yang menakjubkan.

John T. Yu, Pengerusi Kumpulan, CTCI, berkata, "Ini merupakan penghormatan buat CTCI Group untuk dapat menyertai projek EPC modularisasi darat yang terbesar di dunia. Projek global ini telah dilaksanakan di berbagai wilayah di seluruh dunia, termasuk Taiwan, A.S., China, Mexico, India dan Malaysia. Dengan satu matlamat bersama di minda, pasukan global kami mengatasi semua kesukaran, yang merangkumi cabaran daripada COVID-19. Kini modul ini telah disiapkan terlebih dahulu dengan baik dan mencapai penyelesaian mekanikal, ia benar-benar menetapkan rekod baharu untuk projek-projek global CTCI."

Dengan lebih 40 tahun pengalaman dan kepakaran dalam projek-projek hidrokarbon dan petrokimia, CTCI kini telah mencapai pencapaian baharu dalam modularisasi loji. CTCI akan terus komited untuk meningkatkan teknologi modularisasinya dan mengukuhkan kelebihan persaingan agar ia dapat menyediakan pelanggan di seluruh dunia dengan perkhidmatan kejuruteraan bermanfaat yang lebih menjimatkan dan jauh lebih baik.

Latar Belakang CTCI http://www.ctci.com

CTCI (TWSE: 9933, TPEx: 5209, TPEx: 6803) ialah penyedia perkhidmatan kejuruteraan global yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, produk, dan penyelesaian yang komprehensif. Sejak penubuhannya dalam tahun 1979, CTCI telah berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan, pembikinan, pembinaan, pentauliahan, dan pengurusan projek yang paling dipercayai di dunia. Beribu pejabat di Taipei, Taiwan, CTCI memberi perkhidmatan kepada pasaran persekitaran, pengangkutan dan perindustrian hidrokarbon. Syarikat ini ialah penyedia perkhidmatan EPC terkemuka di Taiwan, dengan lebih 7,000 pekerja di seluruh 40 sekutu yang meliputi lebih daripada 15 negara di seluruh dunia, dan merupakan anggota Indeks Pasaran Baru Muncul Dow Jones Sustainability™.

Hubungan

Projek
Ming-Xuan Lin
Pengurus Besar Kanan Operasi Perniagaan Hidrokarbon III
+886-2-2833-9999 samb.32003
[email protected]

Jenama & Komunikasi
Mei-Chen Hu
Pengurus Besar Jabatan Kemampanan & Jenama
+886-2-2833-9999 samb.12900
[email protected]

CTCI Amerika
Eric Chiu
Naib Presiden Jabatan Pengurusan
+1-281-870-9998 samb.14021
[email protected]

Related Links :

http://www.ctci.com

Are you a Corporate Representative of CTCI, an investor, or a member of the Business Press?