MYPR

MoneyGram Mengumumkan Lanjutan Kerjasama selama Tiga Tahun dengan SBI Remit di Jepun

Selama lebih sedekad, MoneyGram dan SBI Remit telah menyampaikan perkhidmatan pemindahan wang dengan harga berpatutan dan inovatif untuk memenuhi peningkatan keperluan bagi gabungan pangkalan pelanggan mereka melalui kedua-dua saluran digital dan secara langsung 

TOKYO, 8 April 2021 /PRNewswire/ — MoneyGram International, Inc, peneraju global dalam pemindahan wang dan pembayaran P2P rentas sempadan, hari ini mengumumkan pelanjutan kerjasama selama tiga tahun dengan SBI Remit Co., Ltd., salah satu rakan kongsi utama Syarikat tersebut di Jepun. Selama lebih sedekad, MoneyGram dan SBI Remit telah menyampaikan perkhidmatan pemindahan wang dengan harga berpatutan dan inovatif untuk memenuhi peningkatan keperluan bagi gabungan pangkalan pelanggan mereka melalui kedua-dua saluran digital dan secara langsung. Ketika MoneyGram meneruskan pengembangannya di seluruh Asia Pasifik, lanjutan kerjasama ini merupakan kejayaan yang penting untuk MoneyGram di rantau ini.

"Kami teruja untuk melanjutkan kerjasama kami dengan SBI Remit selama tiga tahun lagi ketika kami meneruskan pengembangan di seluruh Asia Pasifik dan membolehkan lebih ramai pelanggan mengirim dan menerima wang kepada dan daripada keluarga serta rakan-rakan di seluruh dunia," kata Grant Lines, Ketua Pegawai Pendapatan Global MoneyGram. "Melalui perkongsian strategik dengan syarikat-syarikat seperti SBI Remit, kami kekal memberi tumpuan kepada inisiatif pengalaman pelanggan serta meningkatkan pilihan untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat."

"MoneyGram menjadi rakan kongsi kiriman wang antarabangsa pertama kami pada November 2010 dan kami amat teruja dengan hubungan yang diperbaharui dengan rakan kongsi jenama kami yang dipercayai," kata Nobuo Ando, Pengarah Perwakilan SBI Remit. "Di SBI Remit, kami memperluas pilihan kepada para pelanggan untuk mendepositkan wang tunai ke dalam kad Remit mereka. Melalui perkhidmatan seperti ini, kami akan terus menawarkan pelanggan di Jepun dengan lebih banyak kemudahan untuk mengirim wang ke kampung halaman mereka melalui MoneyGram."

Bagi meraikan pencapaian ini, MoneyGram dan SBI Remit akan melancarkan promosi istimewa kepada para pelanggan. Para pelanggan SBI Remit yang melakukan transaksi melalui MoneyGram sebelum 31 Mac 2022 akan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai daripada keseluruhan jumlah hadiah yang bernilai JPY1,200,000. Terdapat 10 pemenang pada setiap bulan dan setiap pemenang akan memenangi JPY10,000.1 

Untuk menggunakan perkhidmatan MoneyGram dengan SBI Remit, pengirim boleh mendaftar di laman web SBI Remit di www.remit.co.jp. Pengirim kemudiannya boleh mendepositkan wang ke dalam akaun deposit SBI Remit di Mizuho Bank, Sumitomo Mitsui Bank dan Resona Bank. Deposit juga boleh dibuat melalui kad SBI Remit di ATM Japan Post Bank atau ATM Lawson Bank atau boleh juga dibuat melalui pembayaran tunai dari FamiPort di mana-mana lokasi Family Mart di seluruh Jepun.

Tentang MoneyGram International, Inc.
MoneyGram ialah peneraju evolusi pembayaran P2P digital. Dengan strategi yang bertujuan untuk memudahkan pergerakan wang, budaya inovasi teknologi kewangan (fintech) yang kukuh serta keupayaan yang berpusatkan pelanggan, MoneyGram telah berkembang dengan memberikan perkhidmatan kepada hampir 150 juta orang di seluruh dunia selama lima tahun yang lalu.

Syarikat ini memanfaatkan platform berasaskan API, mudah alih dan moden serta bekerjasama dengan jenama terkemuka di dunia untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna melalui MoneyGram Online (MGO), perniagaan digital langsung kepada pengguna, rangkaian peruncitan global dan perniagaan kewangan baharunya untuk pelanggan perusahaan iaitu MoneyGram sebagai Perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari ir.moneygram.com dan ikuti @MoneyGram

Hubungan Media
[email protected] 

1Tertakluk kepada terma dan syarat

Logo – https://mma.prnasia.com/media2/600838/MoneyGram_International_Logo.jpg?p=medium600  

Related Links :

http://www.moneygram.com

Are you a Corporate Representative of MoneyGram, an investor, or a member of the Business Press?