MYPR

Yadea Perkenal Teknologi dan Produk Utama dalam Industri di Acara Pelancaran Teknologi Baharunya

By September 26, 2021 No Comments

WUXI, China, 26 September 2021 /PRNewswire/ — Yadea, jenama dua roda elektrik yang terkemuka di dunia, mendedahkan jumlah produk dan inovasi termaju kepada dunia di Acara Pelancaran Teknologi Baharu baru-baru ini, diadakan pada 23 September di Wuxi. Antara pencapaian yang dipamerkan ialah Bateri Grafen 3.0 Yadea yang utama dalam industri dan Champion Series 2.0 E8 baharu yang mendemonstrasikan bagaimana syarikat ini terus menggunakan kekuatannya untuk memajukan teknologi dua roda elektrik.


"Teknologi dan produk baharu yang dikeluarkan oleh Yadea ini merupakan satu kejayaan penting dalam perjalanan penyelidikan dan pembangunan berterusan kami serta contoh hebat kedudukan kepimpinan yang kami ambil dalam kemajuan teknologi industri," kata Shifu Wei, Ketua Jurutera Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Yadea. "Berpandukan visi untuk ‘mengelektrikkan kehidupan anda’, Yadea sentiasa melihat usaha untuk memenuhi keinginan pengguna sebagai matlamat utama R&D. Bateri Grafen 3.0 yang baru dikeluarkan ini merupakan apa yang kami cipta khususnya buat mereka yang mempunyai kebimbangan mengenai ketahanan bateri pada musim sejuk," kata Wei.

Bateri Grafen 3.0 Yadea mempunyai rintangan suhu ultra-rendah, kapasiti bateri yang lebih baik dan tahap ketahanan yang tinggi. Syarikat ini telah menambah elektrolit antibeku ke dalam bateri yang dapat beradaptasi secara dinamik kepada keadaan persekitaran yang berbeza, melaraskan suhu bateri dan memastikan perbatuan kenderaan elektrik tidak menurun pada musim sejuk. Dalam masa yang sama, bateri ini tahan kepada suhu melampau dan mampu menampung julat suhu daripada -20°C hingga 55°C.

Bagi menonjolkan ciri rintangan suhu ultra-rendah, pihak penganjur membekukan Bateri Grafen 3.0 dalam ais 72 jam sebelum acara tersebut. Semasa berlangsungnya acara berkenaan, ais dipecahkan dan bateri dikeluarkan dan kemudian dipasang dalam Champion Series 2.0 E8 baharu Yadea. Walaupun dibekukan, kenderaan elektrik ini masih mempunyai prestasi yang mantap.

Berbanding dengan bateri asid-plumbum biasa, kapasiti Bateri Grafen 3.0 telah bertambah baik sebanyak 20% hingga 25%. Bateri ini diperbuat menggunakan bahan mentah baharu, membolehkannya dicas dan dinyahcas sehingga 1,000 kali; dan hayat bateri dapat dilanjutkan sehingga tiga kali ganda lebih lama berbanding bateri biasa yang lain dan dalam masa yang sama mengekalkan ketahanan.

Semasa Acara Pelancaran Teknologi Baharu, Yadea turut memperkenalkan Champion Series 2.0 E8 baharu yang dilengkapi dengan Bateri Grafen 3.0 dan memiliki julat kira-kira 200km. Sementara itu, turut diumumkan di acara tersebut ialah jualan Champion Series Yadea telah mencecah tiga juta di seluruh dunia dengan bilangan diperakui oleh Frost & Sullivan serta dianggap sebagai satu lagi kejayaan besar buat Yadea.

Dengan inovasi teknologi dan produk baharu, Yadea terus mengambil tindakan yang praktikal untuk membantu orang ramai "Mengelektrikkan Kehidupan Anda".

Latar Belakang Yadea 

Yadea ialah peneraju global dalam membangunkan dan mengeluarkan kenderaan dua roda elektrik termasuk motosikal elektrik, moped (basikal berenjin) elektrik, basikal elektrik dan skuter tendang elektrik. Sehingga kini, Yadea telah menjual produk kepada 50 juta pengguna di lebih 80 negara dan mempunyai jaringan dengan lebih 35,000 penjual di seluruh dunia. Jualan daripada produk Yadea telah membantu menjimatkan 9.07 juta tan petrol dan menghapuskan 31.06 juta tan emisi CO2 – bersamaan dengan menanam 31.06 bilion batang pokok. Dengan misi untuk membantu orang ramai "Mengelektrikkan Kehidupan Anda", Yadea terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran serta pengembangan global demi membina masa depan yang dikongsi bersama dan lestari untuk umat manusia.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi:
Laman Sesawang Rasmi: https://www.yadea.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Yadea.Official
Instagram: https://www.instagram.com/YADEA.GLOBAL/
Twitter: https://twitter.com/YadeaGlobal

Are you a Corporate Representative of Yadea, an investor, or a member of the Business Press?